LINUS
Definisi kemahiran literasi dan numerasi asas
- 1. Proses saringan: Saringan pelajar dilakukan tiga kali setahun
pada bulan Mac, Jun dan September setiap tahun sehingga Tahun 3, bagi
mengenalpasti pelajar yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Pelajar
yang tidak mencapai sesuatu tahap tersebut akan dikenalpasti sama ada
perlu mengikuti program LINUS atau program Pendidikan Khas.
- 2. Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul baru pengajaran dan
pembelajaran bagi kemahiran literasi dan numerasi bagi pelajar Tahun 1
sehingga Tahun 3 sedang dibangunkan. Modul ini berbeza daripada modul
pemulihan sebelumnya, kerana modul sedia ada hanya memberi tumpuan
penguasaan kemahiran literasi atau modul pemulihan untuk pelajar Tahun 4
sehingga Tahun 6. Selain itu, modul ini akan diberi penambahbaikan
berdasarkan susunan konsep daripada paling mudah ke sukar difahami di
samping memberi penekanan aplikasi konsep yang dipelajari.
- 3. Latihan guru: Menyedari kekurangan guru pakar dalam
pengajaran literasi dan numerasi asas, latihan guru secara intensif akan
dimulakan supaya mereka boleh menyampaikan modul pembelajaran dengan
berkesan. Mulai November 2009 hingga Februari 2010, seramai 17,000 guru
akan dilatih.
- 4. Meningkatkan komitmen pihak berkepentingan: Program kesedaran
akan diadakan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah, Pengetua dan Guru Besar, ibu bapa, kesatuan-kesatuan guru dan
masyarakat bermula Disember 2009 sehingga Januari 2010. Tujuan program
ini adalah bagi meningkat kefahaman semua pihak mengenai kepentingan
program LINUS dan untuk mendapat sokongan.
- 5. Memantau dan menyelia: Pemantauan dan penyeliaan secara
intensif oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti akan dijalankan ke atas 10% sekolah-sekolah berprestasi
rendah . Laporan keputusan pemantauan akan dihasilkan dua kali mulai
tahun 2010, bagi memantau kemajuan pelajar yang mengikuti program
tersebut.
- 6. Fasilitator di Pejabat Pelajaran Daerah: Jawatan fasilitator
khusus untuk membantu guru yang mengajar literasi dan numerasi di
sekolah akan diwujudkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain menjalankan
‘coaching and mentoring’ ke atas guru program LINUS, mereka juga akan
membantu sekolah merancang strategi yang sesuai berdasarkan keputusan
ujian saringan yang dijalankan di sekolah serta berperanan sebagai
pegawai antara sekolah, PPD, JPN dan MOE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan